SABAH 18 Januari 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Tze telah lawatan ke tapak Star City yang kini sudah terbengkalai lebih 15 tahun.
Menurutnya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, beliau telah diberikan taklimat dari SUDC mengenai status bangunan tersebut dan difahamkan berkenaan perancangan pembangunan semula yang dicadangkan pada tahun 2019.
\”Ini menjadi keutamaan tugas saya untuk menyelesai masalah tersebut. Semua orang KK tahu bangunan yang terbiar ini sudah menjadi “eyesore” dalam bandar kita.
Saya telah mengarahkan agar semua pihak yang terlibat berusaha sedaya upaya untuk memastikan masalah dapat diselesaikan secepat mungkin.
Saya telah minta laporan yang terperinci dibawa kepada saya dalam masa terdekat.\” ujar Phoong Jin Tze.
- Nabila Huda lakar kejayaan peribadi dan trofi sulung di Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA)
- Momen Epik Dua Dekad Akan Berulang di Tahun 2026The Grand Slam Unplugged 2 di Megastar Arena Kuala LumpurTiket sudah terjual 60 peratus!
- Beradab bila berbeza pandangan, usah berlagak pakar
- HNS 2026 | Huawei dan Organisasi Industri Lancar Kertas Putih Teknikal Kampus Keselamatan Skop-Penuh AI Xinghe
- Beretika dan beradablah semasa berkongsi kerana ia sebuah amanah
