PUTRAJAYA, 10 Mac 2023 – Agenda Malaysia Berdaya Huni melalui penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti dan perkhidmatan kebombaan yang responsif dan efektif terus menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Bagi tahun ini, KPKT akan memberi tumpuan dan keutamaan kepada pembinaan projek PPR yang melibatkan penyediaan tapak tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal oleh Kerajaan Negeri.
\”Manakala bagi pembinaan projek Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) pula, Kerajaan Negeri perlu menyediakan tapak tanah yang bersesuaian bagi tujuan pembinaan BBP tersebut untuk diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.
Faktor ini akan diambil kira selain daripada skor kajian fire cover yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).\” kata KPKT dalam satu siaran media hari ini.
KPKT juga akan memastikan aspek komersial turut diambil kira supaya perumahan yang dibangunkan adalah memenuhi ciri-ciri kondusif dan berdaya huni dengan mengutamakan lima (5) elemen iaitu accessibility, liveability, connectivity, sustainability dan good community.
\”Bagi pelaksanaan projek-projek baharu, KPKT akan mempertimbangkan pelaksanaan kajian berdasarkan pulangan pelaburan (return of investment), analisis kos faedah (cost benefit analysis), indeks kesahan dan kebolehpercayaan (credibility realibility index) dan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study).
Dapatan kajian ini akan memberi fokus yang jelas dan nyata serta menghindarkan ketirisan perbelanjaan bagi mencapai mutu tertinggi dan kesejahteraan rakyat.\” ujar KPKT.
- Jangan cepat menghukum, dia mungkin cuma mencari jalan pulang
- AADK CADANG UJIAN URIN JURUTERBANG, KRU PENERBANGAN SEBULAN SEKALI – KP
- NEW DELHI PERKETAT KESELAMATAN, KAWALAN TRAFIK SEMPENA SIDANG KEMUNCAK BRICS
- KES SOLAR HIBRID ROSMAH: MAHKAMAH DENGAR BUKTI TAMBAHAN 17 SEPT
- BERTANI, BERTERNAK DALAM HUTAN SIMPAN TANPA PERMIT, LELAKI DIDENDA RM6,000
