16 Januari 2023 – YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato\’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof menafikan terbabit dalam pelaburan patuh syariah seperti poster yang tular di media sosial.
Beliau menjelaskan bahawa poster tersebut adalah palsu dan menegaskan bahawa dirinya tidak terlibat dengan pelaburan tersebut di samping tidak pernah memberikan keizinan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya bagi tujuan berkenaan. Poster palsu yang sama juga pernah disebarkan melalui media sosial sebelum ini dan laporan polis telah dibuat pada 3 September 2022 berhubung penyebaran poster tersebut.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan mempercayai maklumat yang tidak pasti kesahihannya sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
- Adakah mereka ancaman atau hidupan yang perlu diurus?
- Jangan diabaikan ancaman senyap kanser kepala dan leher
- Selamatkan anak-anak kita daripada vape dan pod
- BilibiliWorld 2026 Jadi Konvensyen ACGN Terbesar Asia dengan 400,000 Kunjungan Peserta
- QSR Brands, Yayasan JCorp Lahirkan 37 Lagi Graduan Berkemahiran di bawah Program Akademi Dalam Industri (ADI)
