JAKARTA, 8 JANUARI 2023 – Perdana Menteri Malaysia, Dato\’ Seri Anwar Ibrahim telah hadir di sesi dialog dan makan malam bersama diaspora Malaysia di Indonesia bertempat di Kedutaan Malaysia di sini semalam.
Ketika sesi tersebut, Anwar menegaskan Malaysia mesti bebas dari gejala ketamakan elit penguasa dan para petinggi politik dalam memunggah dan menggondol kekayaan dan khazanah negara demi tembolok sendiri.
\”Saya tidak akan berkompromi dalam soal ini meski ia mungkin akan merisikokan kedudukan saya.
Kita sudah lelah dengan watak-watak yang menjerit perjuangkan Islam tetapi mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan dan menggunakan kuasa untuk merampas hak yang bukan milik mereka.
Adalah menjadi hasrat saya untuk memartabatkan golongan miskin tidak kira bangsa atau agama sambil memperteguh hak serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.\” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.
Tambah beliau, walaupun kebimbangan utama saat ini adalah terkait pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan kepada semua, tetapi mustahil untuk memberi tumpuan kepada aspek itu selagi rasuah terus menghantui koridor kuasa.
\”Saya juga maklumkan bahawa suatu perbincangan khas di kalangan jemaah menteri akan diadakan bagi menentukan dan mendengar input mereka selepas sebulan berkhidmat.
Sejurus itu, kita akan membuat pengumuman mengenai prestasi dan KPI serta mengemukakan sasaran selanjutnya daripada setiap menteri.\” ujar Anwar.
- Nabila Huda lakar kejayaan peribadi dan trofi sulung di Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA)
- Momen Epik Dua Dekad Akan Berulang di Tahun 2026The Grand Slam Unplugged 2 di Megastar Arena Kuala LumpurTiket sudah terjual 60 peratus!
- Beradab bila berbeza pandangan, usah berlagak pakar
- HNS 2026 | Huawei dan Organisasi Industri Lancar Kertas Putih Teknikal Kampus Keselamatan Skop-Penuh AI Xinghe
- Beretika dan beradablah semasa berkongsi kerana ia sebuah amanah
