25 April 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat dengan magnitud 7.0 telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 4 pagi hari ini.
Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut :
| Waktu Kejadian | : 4:00 pagi, 25 April 2023 |
| Koordinat | : 0.9° Selatan 98.3° Timur |
| Lokasi | : Selatan Sumatera, Indonesia |
| Magnitud | : 7.0 |
| Jarak | : 85km Barat Laut dari Siberut,Indonesia |
| Kedalaman | : 49 km |
Mengikut penilaian, gegaran dirasai di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
MET Malaysia turut meminta kepada mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi tersebut supaya dapat mengisi borang soalselidik di pautan berikut https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9.
- 6,000 PIL YABA BERNILAI RM60,000 DIRAMPAS, SINDIKET GUNA LALUAN HARAM DI SUNGAI GOLOK
- REKOD 18 TAHUN TUMBANG, ARMIN PERTAHAN EMAS SUKMA
- DANISH IFTIKHAR, IZZATUL MUSFIRAH DINOBAT RAJA DAN RATU PECUT SUKMA 2026
- SUKMA 2026: DANISH MIRZA IDAM “PANGGILAN” KEBANGSAAN SELEPAS RANGKUL EMAS JUDO +90KG
- PAHANG SEMARAKKAN BULAN KEBANGSAAN DENGAN KMJG X JAGO
