15 Disember 2022 – Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di Klang, Selangor pada 13 Disember lepas kerana memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam computer suspek tersebut.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini, siasatan mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial.
\”Sehubungan itu, rampasan telah dilakukan ke atas komputer, external hard disk, router dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.
Kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat PDRM dengan Federal Bureau Of Investigation (FBI). Suspek kini direman selama empat (4) hari bermula 14 Disember 2022 hingga 17 Disember 2022.
Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Setakat ini, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kes ini.\” kata PDRM.
- Pengeluar perubatan tradisional Cina berucap di perhimpunan TCM global, membawakan pil utama rawatan jantung untuk ujian klinikal di Singapura
- ISoMER 2026 perkukuh kerjasama antarabangsa dan ekosistem teknologi perubatan negara
- Senyuman sepanjang usia bermula dengan penyeliaan sejak kecil
- PKTAAB bawa murid PPKI teroka dunia sains
- Fakulti Pergigian UiTM semai minat dan aspirasi kerjaya melalui STEM di SK Bukit Rahman Putra
