16 Januari 2023 – YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato\’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof menafikan terbabit dalam pelaburan patuh syariah seperti poster yang tular di media sosial.
Beliau menjelaskan bahawa poster tersebut adalah palsu dan menegaskan bahawa dirinya tidak terlibat dengan pelaburan tersebut di samping tidak pernah memberikan keizinan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya bagi tujuan berkenaan. Poster palsu yang sama juga pernah disebarkan melalui media sosial sebelum ini dan laporan polis telah dibuat pada 3 September 2022 berhubung penyebaran poster tersebut.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan mempercayai maklumat yang tidak pasti kesahihannya sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
- Antara adab dan tanggungjawab
- Pengeluar perubatan tradisional Cina berucap di perhimpunan TCM global, membawakan pil utama rawatan jantung untuk ujian klinikal di Singapura
- ISoMER 2026 perkukuh kerjasama antarabangsa dan ekosistem teknologi perubatan negara
- Senyuman sepanjang usia bermula dengan penyeliaan sejak kecil
- PKTAAB bawa murid PPKI teroka dunia sains
