21 JANUARI 2023 – Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk “Pulau” yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial.
Jelas LPF treler filem ”Pulau” telah ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet), maka didapati bahawa kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF.
\”LPF melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet.
Di dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010 yang merangkumi aspek-aspek seperti berikut iaitu i. Keselamatan dan Ketenteraman Awam; ii. Keagamaan; iii. Sosiobudaya; dan iv. Ketertiban dan Ketatasusilaan.\” kata LPF.
Tambah LPF, filem “Pulau” adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.
\”LPF mendapati bahawa terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikongsikan di dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.
LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan. LPF menghargai pandangan dan maklum balas berkenaan dengan penapisan filem di negara ini. LPF juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak terutamanya pandangan yang bersifat konstruktif berdasarkan kepada keseluruhan kandungan sesuatu filem.\” katanya.
- Kesihatan adalah kekayaan
- MONSTA FIESTA 2026 RAI ULANG TAHUN KE-15 BOBOIBOY, TAWAR PELBAGAI TARIKAN
- Mencari ketenangan jangan sampai menggadai akidah
- JADIKAN UNIVERSITI RAKAN STRATEGIK NEGARA, BUKAN SEKADAR PENYEDIA LAPORAN – NAIB CANSELOR UM
- MALAYSIA ESPORTS LEAGUE 2026 (MEL26) TERUS PERKASA BAKAT E-SUKAN AKAR UMBI
