28 DISEMBER 2022 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah menerima pengesahan keputusan dari Makmal Anti-Doping, Doha, Qatar (ADLQ) bagi analisis dua (2) sampel atlet angkat berat SUKMA XX, MSN 2022 yang didapati positif.
\”Berikutan keputusan ini, satu analisa susulan telah dijalankan oleh Isotope Ratio Mass Spectrometry (IRMS) juga mengesahkan bahawa penggunaan pelbagai hormon telah menjejaskan profil steroid yang tertera di dalam Athlete Biological Passport (ABP) atlet berkenaan.
Keputusan IRMS ini juga telah dirujuk kepada kumpulan pakar IRMS WADA yang mengesahkan penemuan bahan terlarang dalam kedua-dua sampel berkenaan iaitu dalam kelas S1.1 Anabolic Androgenic Steroids (AAS).\” kata KBS.
Justeru, kepada yang terlibat, pihak ADAMAS akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada ADAMAS Anti-Doping Rules 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM).
- AADK CADANG UJIAN URIN JURUTERBANG, KRU PENERBANGAN SEBULAN SEKALI – KP
- NEW DELHI PERKETAT KESELAMATAN, KAWALAN TRAFIK SEMPENA SIDANG KEMUNCAK BRICS
- KES SOLAR HIBRID ROSMAH: MAHKAMAH DENGAR BUKTI TAMBAHAN 17 SEPT
- BERTANI, BERTERNAK DALAM HUTAN SIMPAN TANPA PERMIT, LELAKI DIDENDA RM6,000
- Sunscreen mana yang kulit anda perlukan?
