PUTRAJAYA, 22 Disember 2022 – Sumbangan barangan makanan asas daripada Syarikat Tamin Sdn Bhd telah diterima oleh Food Bank Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada hari ini.
Sumbangan tersebut adalah bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan-kawasan terlibat terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor.
Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, Syarikat Tamin sentiasa tampil ke hadapan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan B40. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Tamin Sdn Bhd, Tuan Abdul Talib bin Abdul Rahman telah menyerahkan sendiri sumbangan ini kepada Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
\”Syarikat Tamin telah menyumbangkan sebanyak 1 tan barang makanan asas yang dianggarkan bernilai RM
7,300.00 bagi peringkat pertama ini dan akan melakukan penghantaran sumbangan seterusnya secara berperingkat.
Sumbangan ini kemudiannya akan diselaraskan oleh Sekretariat Food Bank Malaysia sebelum diedarkan kepada Pejabat KPDN Negeri sebelum diserahkan kepada mangsa banjir yang terlibat. Rakan Strategik Program Food Bank serta NGO yang berkenaan akan turut serta dalam pengagihan sumbangan ini untuk dihantar terus ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan yang terlibat.
Kementerian mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Tamin dan amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir\” kata KPDN.
- Literasi dasar seharusnya jadi agenda penting dalam pembangunan negara
- Adakah mereka ancaman atau hidupan yang perlu diurus?
- Jangan diabaikan ancaman senyap kanser kepala dan leher
- Selamatkan anak-anak kita daripada vape dan pod
- BilibiliWorld 2026 Jadi Konvensyen ACGN Terbesar Asia dengan 400,000 Kunjungan Peserta
