KUALA LUMPUR, 22 Januari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob berpendapat bahawa cadangan dari seorang Menteri Kabinet supaya rakyat memboikot peniaga makanan yang menjual dengan harga yang mahal sangat tidak wajar dibuat.
Katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau pada Ahad lalu, Kerajaan sepatutnya mencari kaedah untuk menurunkan harga bahan mentah makanan bagi membantu peniaga makanan untuk menurunkan harga makanan.
\”Saranan memboikot tanpa mengambil kira sebab kenaikan pasti akan menyusahkan peniaga.\” ujar Ismail Sabri.
Dalam pada itu, beliau juga berkongsi kisah seorang Mak Cik yang berjumpa beliau mengadu supaya kalau boleh mahu keluarkan wang simpanan KWSP.
\”Ramai yang mengadu kesukaran hidup akibat kos sara hidup yang kian meningkat ditambah dengan bebanan hutang dan lain-lain.
Kerajaan perlu mengkaji secara serius aduan rakyat ini dan mencari kaedah bagi membenarkan mereka mengeluarkan KWSP mereka.\” ujar beliau.
- Belanjawan MADANI Kelima Pacu Malaysia ke Arah Negara AI Menjelang 2030
- Belanjawan 2027: KKM Peruntuk Lebih RM272 Juta Perkukuh NADI, Industri Kreatif
- Hannah Yeoh Minta Peruntukan Belanjawan 2027 Dikaji untuk Perkukuh Penjagaan Warga Emas
- FM35 Umum Top 5: Malam Terlarang dan Khadam Dominasi 12 Pencalonan
- BELANJAWAN 2027: 2027 DIISYTIHARKAN TAHUN PMKS MALAYSIA
