PUTRAJAYA 7 Februari 2023 – Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah melantik lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan.
Dalam satu kenyataan ringkas yang diedarkan semalam, Anwar berkata badan penasihat khas itu terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.
Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas tersebut akan dianggotai oleh:
• Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato\’ Ahmad Fuad Md Ali;
• Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng;
• Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato\’ Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan
• Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
Jelas Anwar badan penasihat khas yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.
- Bila Satu Meja Pesan “Apa-Apa”
- 10 ADUN ANGKAT SUMPAH SEBAGAI EXCO MELAKA, AB RAUF UMUM PORTFOLIO
- SUMBER BERSATU: UMNO BAKAL HILANG JAWATAN PENYELARAS DUN SELANGOR
- PAS TIDAK AKAN BERTANDING PRN SARAWAK KE-13, KATA TAKIYUDDIN
- ZAHID MASIH TUNGGU TITAH MENGHADAP TUANKU MUHRIZ BERHUBUNG MB NEGERI SEMBILAN
