4 Februari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato\’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin di pejabat beliau.
Menurut Ismail Sabri dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasminya semalam, pertubuhan tersebut telah menyerahkan memorandum pengeluaran KWSP bagi menuntut pengeluaran secara bersasar untuk menangani kos sara hidup yang semakin meninggi.
\”Terima kasih Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin atas pertemuan ini dan diharapkan terus menjadi mata dan telinga rakyat dan sentiasa peka dengan keperluan rakyat di negara ini.
InsyaAllah saya akan bangkitkan isu ini sewaktu perbahasan di Parlimen yang akan berlangsung mulai pertengahan bulan Februari ini.\” kata Ismail Sabri.
- Fahami kesan psikologi penderaan seksual kanak-kanak dalam era digital
- Bengkel STEM UM bentuk minda inovatif generasi muda seawal 10 tahun
- Nafas Baharu ‘Puteri Santubong’ untuk Generasi Baharu di Istana Budaya
- SUKAN ASIA: SKUAD TAKRAW KE SEPARUH AKHIR, MISI EMAS SELEPAS 36 TAHUN DITERUSKAN
- PENYU BELIMBING MENDARAT, BERTELUR KALI KETIGA DI PANTAI TERENGGANU
