14 JANUARI 2023 – Setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,289,610 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Makalala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 711,666.
Dalam pada itu jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 318 kes tempatan dan 2 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,032,146.
Jumlah kes kematian harian direkodkan setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 3 kes. Tiada kes BID direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 13 Januari, 11:59 pm sebanyak 36,908.
Manakala jumlah kes sembuh harian setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 506. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,984,301.
- SIC DITUTUP SEMENTARA BAGI KERJA BAIK PULIH – TAUFIQ
- TOKOH MAULIDUR RASUL PULAU PINANG UTAMAKAN MASYARAKAT SEPANJANG 34 TAHUN
- JASAD MENDIANG SARJIT SINGH SELAMAT DISEMADIKAN
- SIARAN LANGSUNG GORENG KEREPEK UBAH NASIB PASANGAN SUAMI ISTERI SELEPAS RUGI RM400,000
- MAULIDUR RASUL PERAK: RAHIM RAZALI DIANUGERAHKAN TOKOH ZAID BIN THABIT
