5 JANUARI 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-380 yang bersidang semalam telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (nombor pendaftaran MAL22016037AZ; pengilang Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany) sebagai dos penggalak (booster dose) kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya selepas enam (6) bulan daripada penerimaan dos primer vaksin Comirnaty.
Menurut Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, kelulusan pendaftaran bersyarat itu masih memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
\”Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.
KKM sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.\” ujarnya.
- SIC DITUTUP SEMENTARA BAGI KERJA BAIK PULIH – TAUFIQ
- TOKOH MAULIDUR RASUL PULAU PINANG UTAMAKAN MASYARAKAT SEPANJANG 34 TAHUN
- JASAD MENDIANG SARJIT SINGH SELAMAT DISEMADIKAN
- SIARAN LANGSUNG GORENG KEREPEK UBAH NASIB PASANGAN SUAMI ISTERI SELEPAS RUGI RM400,000
- MAULIDUR RASUL PERAK: RAHIM RAZALI DIANUGERAHKAN TOKOH ZAID BIN THABIT
