KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia pagi ini pada usia 100 tahun.
Anwar menyifatkan pemergian isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara.
Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan ucapan perasmian Persidangan International Future Conference 2026 (IFC 2026) di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Perdana Menteri turut mengajak peserta persidangan bersama-sama membaca surah Al-Fatihah untuk Allahyarhamah.
Terdahulu, Dr Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.
Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, ketika dihubungi Bernama hari ini.
