KAHERAH, 5 Mei 2026 /PRNewswire/ — Di Sidang Kemuncak Rangkaian Huawei 2026 (HNS 2026) yang diadakan baru-baru ini di Kaherah, Huawei dan organisasi industri melancarkan secara rasmi Xinghe AI Full-Scope Security Campus Technical White Paper (Kertas Putih Teknikal Kampus Keselamatan Skop-Penuh AI Xinghe).
Kertas putih ini memperkenalkan buat julung kalinya empat tonggak utama keselamatan kampus—keselamatan ketersambungan, aset, reruang dan privasi—bagi membina seni bina keselamatan domain penuh dengan perlindungan berbilang lapisan. Ini menandakan peringkat baharu dalam keselamatan kampus AI, berkembang daripada pertahanan titik tunggal kepada kesedaran domain menyeluruh dan pertahanan pintar proaktif.
Kertas putih ini menyediakan pendekatan sistematik untuk membangunkan seni bina teknologi keselamatan skop penuh serta menghuraikan rangka kerja lengkap pertama di dunia bagi keselamatan rangkaian kampus.
“Keselamatan ialah asas kepada kampus AI,” kata Ricky Zhu, Naib Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei. “Dengan mengintegrasikan domain digital dan fizikal, Huawei mempelopori perlindungan berbilang lapisan dalam keselamatan ketersambungan, aset, reruang dan privasi. Pembangunan ini mengalihkan kampus daripada pertahanan reaktif kepada kesedaran proaktif serta perlindungan pintar.”
Sorotan utama empat dimensi keselamatan kampus yang utama termasuk:
- Keselamatan ketersambungan: Dari segi tanpa wayar, teknologi Wi-Fi Shield eksklusif Huawei menghapuskan risiko pasang telinga (eavesdropping) paket pada lapisan fizikal. Dari segi berwayar pula, MACsec hujung-ke-hujung digabungkan dengan Kriptografi Pasca-Kuantum (PQC) dapat memberikan keselamatan jangka panjang bagi penghantaran data walaupun apabila teknologi pengkomputeran kuantum matang, sekali gus melindungi daripada berlakunya kebocoran data.
- Keselamatan aset: Peningkatan jumlah terminal ‘dumb’ dalam sektor kerajaan, kewangan dan lain-lain meningkatkan risiko serangan rangkaian. Bagi mengatasi hal ini, penyelesaian Huawei memanfaatkan pengecaman berkelompok untuk mengenal pasti secara automatik terminal ‘dumb’ itu dengan ketepatan 95%. Dengan menggabungkan pengesanan anomali tingkah laku terminal dengan inferens setempat pada suis, penyelesaian ini dapat mengesan anomali trafik dalam beberapa saat dan menyekatnya secara proaktif, lalu mencegah pencerobohan rangkaian dan pergerakan lateral dengan berkesan. Faedah yang terhasil termasuk kebolehlihatan dan kebolehkawalan terminal tanpa akses serta perdayaan tanpa kebenaran.
- Keselamatan reruang: Teknologi penderiaan maklumat keadaan saluran (CSI) Wi-Fi Huawei mengesan keadaan keselamatan reruang melalui satu titik akses (AP) tanpa wayar, bagi mencegah pencerobohan ke kawasan sensitif. Teknologi ini hanya menganalisis corak gangguan isyarat tanpa wayar untuk melindungi keselamatan reruang sambil melindungi privasi peribadi secara maksimum.
- Keselamatan privasi: Dalam bilik eksekutif, bilik mesyuarat, bilik tamu hotel dan persekitaran sensitif lain, kaedah tradisional untuk mengesan peranti pengimejan tersembunyi biasanya tidak cekap dan terdedah kepada kadar kegagalan yang tinggi. Huawei menangani hal ini dengan melancarkan AP pengesan kamera pengintip iGuard yang menawarkan tiga kelebihan utama—pengesanan komprehensif, pengesanan tepat dan operasi 24/7—untuk melindungi rahsia perdagangan dan privasi peribadi di tempat persendirian berkenaan.
Memandang ke hadapan, Huawei akan terus bekerjasama dengan pelanggan dan organisasi industri untuk memanfaatkan penunjuk teknikal teras kertas putih tersebut merentas industri. Usaha ini akan dapat membantu memacu pembangunan kampus yang selamat dan pintar yang berkualiti tinggi.
