Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) sesi 2026/2027 menganjurkan Majlis 100 Hari Kepimpinan pada 22 hingga 24 Jun 2026 di kampus. Majlis dirasmikan oleh Pengarah IPGKDRI, Dr. Hj. Ahamad bin Rahim.
Majlis ini menjadi platform JPP membuat refleksi terhadap pencapaian 100 hari pertama menerajui kepimpinan pelajar. Antara program utama yang dilaksanakan adalah Bilik Terbuka JPP, Basketball Charity, Kaunter Pelekat Kenderaan dan Talk Show: Refleksi 100 Hari Kepimpinan. Antara faktor kewujudan program utama ini adalah supaya semua siswa guru diberikan peluang untuk menyuarakan idea, aduan dan cadangan penambahbaikan sebagai tanda untuk kami sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bertindak dengan lebih baik selepas ini.
YDP JPP IPGKDRI, Farihul Asyraaf berkata, “100 hari ini menjadi titik tolak kami untuk terus komited berkhidmat. Kami mahu JPP sentiasa dekat dengan siswa guru dan menjadi jambatan antara pelajar dan pentadbiran kampus.”
Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan JPP 26/27, Damia Irdina berkata, “Ini adalah usaha kami 27 orang dalam memastikan suara siswa guru didengar dan kebajikan dijaga. 100 hari ini mengajar kami bahawa kepimpinan adalah tanggungjawab untuk mendengar dan bertindak demi manfaat semua warga kampus.”
Dr. Hj. Ahamad turut memuji usaha JPP dan berharap kepimpinan pelajar terus berintegriti serta inovatif selari dengan aspirasi IPGKDRI melahirkan pendidik berjiwa pemimpin.
