23 Disember 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada hari ini tengah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (BAHAYA) berkuatkuasa sehingga 24 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.
Amaran Hujan Berterusan (BURUK) turut dikeluarkan berkuatkuasa sehingga 24 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:
Sarawak: Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).
Manakala Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuatkuasa sehingga 24 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:
i) Sarawak: Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Seterusnya Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuatkuasa sehingga 26 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:
i) Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat;
ii) WP Labuan
- Antara adab dan tanggungjawab
- Pengeluar perubatan tradisional Cina berucap di perhimpunan TCM global, membawakan pil utama rawatan jantung untuk ujian klinikal di Singapura
- ISoMER 2026 perkukuh kerjasama antarabangsa dan ekosistem teknologi perubatan negara
- Senyuman sepanjang usia bermula dengan penyeliaan sejak kecil
- PKTAAB bawa murid PPKI teroka dunia sains
