KUALA LUMPUR 12 April 2023 – Nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI atau dalam Bahasa Inggerisnya, MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY, mengekalkan akronim yang sama iaitu “MITI”.
Menurut MITI, ia adalah seiring dengan keputusan Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet bertarikh 5 April 2023.
\”Penjenamaan ini bertepatan dengan fungsi Kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan.
Keputusan ini juga adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani.\” kata MITI dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, dengan penjenamaan tersebut, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan, terutamanya PKS.
- PKTAAB bawa murid PPKI teroka dunia sains
- Fakulti Pergigian UiTM semai minat dan aspirasi kerjaya melalui STEM di SK Bukit Rahman Putra
- Jangan hanya lindungi anak, ajar mereka bangkit
- Bulan Akademia IAS suburkan budaya ilmu warga universiti
- Di sebalik penantian zuriat, ada hati yang sedang berjuang
