KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa terdapat satu chat group aplikasi Whatsapp yang mempromosikan Pelaburan AMUNDI di mana terdapat satu profil Whatsapp palsu yang menyamar sebagai Ketua Polis Negara.
\”Dalam chat group tersebut terdapat satu profil Whatsapp yang menyamar sebagai Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara.
Individu tersebut yang menggunakan nombor telefon 010-2301160 mendakwa kononnya Ketua Polis Negara turut menyertai skim pelaburan berkenaan.\” kata Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan media yang diedarkan pada hari ini.
Jelas beliau, PDRM mengesahkan tiada sebarang penglibatan oleh Ketua Polis Negara dalam pelaburan tersebut.
Katanya, laporan polis telah dibuat agar siasatan boleh dimulakan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dan menggunakan nama Ketua Polis Negara.
\”Siasatan ke atas skim pelaburan berkenaan juga sedang dijalankan. PDRM menasihatkan orang awam untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan skim penipuan pelaburan sebegini.\” ujar Noorsiah.
- UNIVERSITI MALAYA BAWA KEMBALI MEMORI HIROSHIMA DAN NAGASAKI MELALUI PAMERAN KEAMANAN ANTARABANGSA
- TRAGEDI KEPALA AIR SUNGAI PERTAK: SAR TIGA LELAKI HILANG DITERUSKAN, TUMPU DI DUA LOKASI
- KEUNIKAN WARISAN MALAYSIA JADI TARUHAN YAP WEN WEI DI PENTAS MISS INTERNATIONAL 2026
- SHAKAM: GANJARAN EMAS ACARA BERPASUKAN NAIK 166.67 PERATUS KEPADA RM40,000
- BANGUNAN BEKAS MAHKAMAH KEMASIK BERPOTENSI SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN
