KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) – Pameran dan Persidangan Kejuruteraan Malaysia (ENGINEER) dan Ekspo Penyaman Udara, Penyejukan dan Pengudaraan (MARVEX) 2026 kembali untuk edisi kelima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 22 Sept hingga 25 Sept 2026.
Dianjurkan bersama oleh C.I.S Network Sdn Bhd, Institution of Engineers, Malaysia (IEM) dan Malaysia Air-Conditioning and Refrigeration Association (MACRA), acara ini akan mempamerkan lebih 1,000 penyelesaian mekanikal dan elektrik (M&E) serta pemanasan, pengudaraan, penyaman udara dan penyejukan (HVAC&R).
“Edisi tahun ini akan turut memperkenalkan ‘The Engine Room’, yang memberi gambaran awal mengenai tiga demonstrasi utama pameran, iaitu infrastruktur pusat data, sistem penyimpanan tenaga bateri dan Inovasi HVAC untuk bangunan pintar dan hijau.
“Merangkumi lima dewan pameran dengan keluasan 9,700 meter persegi, pameran ini turut diadakan serentak dengan Data Centre Exhibition Asia (DCX Asia), bertemakan ‘Powering Asia’s Digital Backbone’,” menurut IEM dalam kenyataan hari ini.
IEM memaklumkan pengunjung turut berpeluang mengikuti lebih 100 jam sesi perkongsian ilmu yang menampilkan lebih 150 penceramah tempatan dan antarabangsa menerusi pelbagai persidangan.
— BERNAMA
TAG: IEM, MACRA, ENGINEER & MARVEX, M&E, HVAC&R
DHBDD DHBDD TKB NJ
