SINGAPURA, 30 Januari 2023 – Perdana Menteri, Dato\’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura pada hari ini bagi lawatan rasmi sehari.
Beliau ditemani oleh isterinya, Dato\’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para delegasi dari Malaysia.
\”Tiba di Singapura bersama Azizah dan para delegasi Malaysia untuk lawatan rasmi sehari.
Turut sama dalam lawatan ini Menteri Luar Negeri, Dato\’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor, Dato\’ Onn Hafiz Ghazi.
Ketibaan saya disambut Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan delegasi.\” kata Anwar dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau.
Anwar turut berharap agar lawatan tersebut akan memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Singapura.
- Huawei Dilantik sebagai Rakan Acara GSMA M360 ASEAN 2026
- OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah
- UOB dorong cita-cita kewangan menerusi kerjasama pengedaran strategik dengan Allianz Global Investors
- Sun PhuQuoc Airways Lancar Laluan Terus Kuala Lumpur–Phu Quoc, Perkukuh Hubungan Pelancongan Malaysia dan Vietnam
- Budaya Kesejahteraan Terus Berkembang Seluruh Asia Pasifik apabila 4 daripada 5 Pengguna Mengutamakan Kesihatan Holistik – Tinjauan Herbalife
