CYBERJAYA, 18 April 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang didakwa menyebarkan berita palsu mengenai pembekalan bahan api diesel ke Filipina.
Menurut kenyataan media MCMC hari ini, pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa diesel yang terlibat adalah milik syarikat perdagangan Vitol dan bukan milik Petronas atau Kerajaan Malaysia.
Individu tersebut telah dipanggil memberi keterangan pada hari Jumaat. MCMC juga menyita peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.
MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai. Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menjejaskan ketenteraman awam.
LAMPIRAN GAMBAR
Seorang lagi individu dirakam percakapan berhubung kes penyebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina.
Kenyataan penuh MCMC boleh dirujuk di laman rasmi www.mcmc.gov.my.
