SINGAPURA, 30 Januari 2023 – Perdana Menteri, Dato\’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura pada hari ini bagi lawatan rasmi sehari.
Beliau ditemani oleh isterinya, Dato\’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para delegasi dari Malaysia.
\”Tiba di Singapura bersama Azizah dan para delegasi Malaysia untuk lawatan rasmi sehari.
Turut sama dalam lawatan ini Menteri Luar Negeri, Dato\’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor, Dato\’ Onn Hafiz Ghazi.
Ketibaan saya disambut Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan delegasi.\” kata Anwar dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau.
Anwar turut berharap agar lawatan tersebut akan memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Singapura.
- UM jadikan sisa makanan sebagai bahan pembelajaran anak-anak Tabika
- Lirik lagu merdeka menyemai bahasa, jiwa dan semangat patriotik
- PEMPENGARUH PERMOTORAN ANTARA LAPAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES TUTUP JALAN DI LINKEDUA
- RUMAH TRADISIONAL MELAYU GAMIT PENGUNJUNG KE WARUNG CENDOL WAK PAAD
- 1,500 PELAJAR AKAN MEMPERSEMBAHKAN FORMASI MANUSIA SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026
