SELANGOR. 16 Disember 2022 – Berhubung dengan insiden tanah runtuh yang terjadi di Father’s Organic Farm, sebuah tapak perkemahan yang bertempat di Kampung Kuantan, Batang Kali, Daerah Hulu Selangor pagi tadi, Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa sehingga jam 12:00 tengah hari ini, didapati bahawa 94 orang mangsa berada di kawasan tersebut dan 60 orang yang melibatkan 46 pengunjung serta 14 pekerja telah berjaya diselamatkan.
\”Saya mengucapkan takziah kepada keluarga 12 mangsa yang telah meninggal dunia akibat tragedi ini; 3 kanak-kanak, 7 wanita, dan 2 lelaki.
22 mangsa belum dikesan dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat diteruskan yang melibatkan 446 anggota yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor serta dibantu dari segi peralatan dan anggota daripada semua agensi kerajaan.
Agensi kerajaan telah turun ke lokasi kejadian pagi tadi bagi mengkoordinasikan segala bantuan yang diperlukan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelarasan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan agensi-agensi berkaitan agar mangsa yang belum dikesan dapat dicari sesegera mungkin.\” kata Amirudin.
Amirudin turun berkata bahawa beliau akan turun ke lokasi kejadian malam ini bersama Perdana Menteri, Dato\’ Seri Anwar Ibrahim.
\”Mohon doa daripada seluruh rakyat agar pasukan mencari dan menyelamat dilindungi Allah SWT supaya setiap mangsa yang belum dikesan dapat diselamatkan.\” ujarnya.
- Nabila Huda lakar kejayaan peribadi dan trofi sulung di Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA)
- Momen Epik Dua Dekad Akan Berulang di Tahun 2026The Grand Slam Unplugged 2 di Megastar Arena Kuala LumpurTiket sudah terjual 60 peratus!
- Beradab bila berbeza pandangan, usah berlagak pakar
- HNS 2026 | Huawei dan Organisasi Industri Lancar Kertas Putih Teknikal Kampus Keselamatan Skop-Penuh AI Xinghe
- Beretika dan beradablah semasa berkongsi kerana ia sebuah amanah
