BERA 21 Januari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato\’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan walaupun \”tsunami\” telah melanda ketika Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, kawasan Parlimen Bera yang diwakilinya tidak terkesan.
Malah katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau baru-baru ini, DUN dan Parlimen Bera menang berganda.
\”Tanpa warga Bera…siapa lah saya… Program bersama-sama warga Bera tetap dilaksanakan. Walau sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran dari pelbagai bangsa. Program Majlis Kesyukuran Parlimen Bera hari ini adalah bagi meraikan Keluarga Bera yang menjadi tunjang perjuangan saya selama ini…
Terima kasih kepada jentera BN dan warga Bera… Walaupun “tsunami” berlaku di seluruh negara, namun Bera tidak terkesan… DUN & Parlimen Bera menang berganda…\” ujar Ismail Sabri.
Seterusnya, beliau turut berkongsi video lawatan beliau ke rumah salah seorang penerima Rumah Rakyat Pahang di Kuala Triang.
\”Alhamdulillah…Rumah Rakyat Pahang ini luas dan selesa untuk diduduki. Turut menyerahkan barang keperluan rumah daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada penerima rumah…
Semoga rumah baharu ini memberi anjakan lebih baik dan meningkatkan kesejahteraan yang berpanjangan.\” ujarnya,
- Pengeluar perubatan tradisional Cina berucap di perhimpunan TCM global, membawakan pil utama rawatan jantung untuk ujian klinikal di Singapura
- ISoMER 2026 perkukuh kerjasama antarabangsa dan ekosistem teknologi perubatan negara
- Senyuman sepanjang usia bermula dengan penyeliaan sejak kecil
- PKTAAB bawa murid PPKI teroka dunia sains
- Fakulti Pergigian UiTM semai minat dan aspirasi kerjaya melalui STEM di SK Bukit Rahman Putra
